BICARA PENGARAH

Salam berbahagia, Jabatan Hal Ehwal Pelajar ini bertanggungjawab mengurus Pendaftaran, Minggu Pengurusan Pelajar Baru, Perkhidmatan Pengembangan dan Khidmat kaunseling, Disiplin dan Tatatertib, Sosial dan Kebajikan, Penginapan pelajar, Mengurus Rekod dan Data serta merancang dan melaksana aktiviti Pembangunan dan Kepimpinanan Pelajar. 

Jabatan ini juga berperanan untuk memupuk dan meningkatkan komitmen pelajar dalam pembinaan sikap dan sahsiah positif ke arah menyediakan produk guru yang berkesan.Seterusnya, ia juga ditugaskan untuk melaksana dan menganjurkan kursus Bina Insan Guru dan beberapa kursus penyuburan untuk pelajar-pelajar dan pensyarah berkaitan dengan tugas mereka sebagai pembimbing.

Dalam melicinkan pengurusan organisasi, jabatan ini dijuruskan kepada empat unit, iaitu Unit Penguatkuasaan, Perjanjian & Rekod; Unit Keselamatan & Kebajikan; Unit Pengembangan & Kepimpinan; serta Unit Pengembangan Sahsiah Pelajar. Setiap Unit diketuai oleh seorang Ketua Unit, dan Jabatan ini dipimpin oleh seorang Ketua Jabatan yang berdedikasi dan pragmatik. Moga anda sentiasa maklum dengan pengurusan Jabatan Hal Elwal Pelajar IPG Kampus Tawau ini.

Wassalam.