Visi Jabatan
Beriltizam melahirkan guru yang unggul.
Misi Jabatan
Melaksanakan aktiviti melahirkan insan guru berkualiti, berdisiplin, bersahsiah, positif serta berketrampilan tinggi dalam semua aspek.
Piagam Pelanggan
- Memupuk dan meningkatkan sikap serta sahsiah murni pelajar.
- Memastikan pelajar dapat tinggal selesa di kolej-kolej kediaman.
- Menguatkuasakan peraturan dan disiplin institut dengan adil dan saksama.
- Melaksanakan program penyuburan diri pelajar seperti diarah oleh pihak institut dan BPG.
- Meningkatkan lagi tahap pemantauan disiplin mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Mengendalikan kes-kes disiplin mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Menguruskan hal-hal kebajikan pelajar dengan sempurna.
- Memastikan keselamatan pelajar semasa belajar dan tinggal di kolej kediaman terjamin.
- Mengurus maklumat-maklumat pelajar untuk pembayaran elaun oleh kerani elaun.
- Memastikan pendaftaran pelajar baharu dilaksanakan dengan sempurna.
- Melaksanakan pengurusan pelajar baharu dengan berkesan.
- Mengurus penempatan pelajar seperti yang ditetap BPG.
- Memasti pelaksanaan dasar pentadbiran dijalan dengan sempurna.
- Memasti maklumat pelajar lengkap dan sentiasa kemaskini.
- Memasti pelajar-pelajar bermasalah mendapat bimbingan dan kaunseling dengan sewajarnya.
- Memastikan Perjanjian Pelajar siap dan menepati keperluan pentadbiran.
- Mengurus hal berkaitan tukar pusat kursus, tangguh kursus dan permohonan perkahwinan dengan cepat serta menepati keperluan pentadbiran.
- Menyedia kad matrik dan kad asrama dalam tempoh tidak lewat dari 1 bulan selepas pendaftaran.
terbitan : 23 Oktober 2013