Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) adalah tunggak dan nadi kepada semua institusi perguruan khususnya Institut Pendidikan Guru Tawau. Ini kerana JHEP merupakan pusat pengurusan dan pentadbiran pelajar yang amat penting. JHEP juga menjadi asas pembentukan dan penyuburan diri serta sahsiah pelajar selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar juga merupakan pusat penghubung antara pelajar dengan pentadbir dan pihak luar. Dibawah jabatan ini terdapat 4 unit iaitu :
- Unit Penguatkuasaan, Perjanjian dan Rekod.
- Unit Keselamatan dan Kebajikan.
- Unit Pengembangan dan Kepimpinan.
- Unit Pengembangan Sahsiah Pelajar.
Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) adalah aspek teras dalam pembangunan sesebuah institusi latihan perguruan. Penghasilan guru berkualiti banyak bergantung kepada kecekapan pengurusan Jabatan HEP.
Objektif Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Aktiviti Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Objektif Jabatan Hal Ehwal Pelajar
- Membaiki tahap keselesaan dan keselamatan pelajar.
- Menyediakan semula kemudahan dan keperluan pelajar.
- Memperbaiki tahap kualiti pengurusan pelajar.
- Memberi bimbingan memperbaiki disiplin dan sahsiah pelajar.
- Memupuk dan mengembangkan nilai-nilai kepimpinan pelajar.
- Memperbaiki tahap kebajikan pelajar.
Aktiviti Jabatan Hal Ehwal Pelajar
- Pendaftaran pelajar baru KPLI, KDPM, KDC, PKPG.
- Menguruskan minggu Pengurusan Pelajar Baru.
- Menguruskan urusan kediaman pelajar.
- Mengurus kebajikan pelajar.
- Menguruskan pelajar bermasalah dengan pendekatan kaunseling.
- Menguruskan urusan disiplin pelajar.
- Menguruskan perkembangan sahsiah keguruan pelajar melalui aktiviti-aktiviti toturial.
- Menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan projek kumpulan toturial.
- Menyelaras aktiviti tutor.
- Menguruskan projek Bina Insan Guru.